I-Think Map (Thinking Map) adalah peta pemikiran. Mind Map adalah Peta Minda. Maksud macam samakan? Tapi sebenarnya berbeza. Di semua sekolah sekarang semua guru dan murid digalakkan menggunakan I-Think Map dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia hanya ada 8 bentuk tetap yang tidak boleh diubah dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Tujuannya agar murid boleh berfikir aras tinggi dan berfikir lebih inovatif.
Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Berikut merupakan 8 bentuk I-Think Map yang diperkenalkan:
1. Circle Map (Peta
Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan
pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut
konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi
mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan
deskriptif atau huraian
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal.
Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada
bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis
hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa
yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut,
manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar
untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
No comments:
Post a Comment